Keistimewaan

Rumah ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang tidak terdapat di mana-mana rumah warisan yang lain.

Ini kerana Rumahku Muziumku ini mempunyai 3 bilik tidur yang mempamerkan 3 budaya yang berlainan. Ianya terdiri daripada bilik Melayu, Chitty (India) dan Baba Nyonya (Cina).

1. Bilik Tidur Melayu



Ini merupakan suasana di dalam bilik pengantin Melayu pada zaman dahulu. 

Set katil orang terdahulu yang digunakan di dalam bilik pengantin Melayu Rumahku Muziumku.

Keadaan di atas katil pengantin Melayu berserta dengan kipas  pengantin yang digunakan oleh pegapit untuk mengipas pengantin semasa bersanding. 

Kelambu yang di gunakan untuk menghalang nyamuk daripada memasuki  tempat tidur. Kelambu masih digunakan masyarakat sekarang.  

Almari ini menyimpan barangan tradisional orang Melayu seperti tali pinggang besi, baju pengatin lelaki dan perempuan dan  pelbagai jenis hiasan wanita juga di tempatkan di dalam bilik pengantin Melayu ini. 

Bekas celak tembaga yang terdapat di dalam bilik pengantin Melayu ini di gunakan bagi menyimpan serbuk celak dan di pakai oleh wanita  pada zaman dahulu sebagai peralatan alat solek.


Tepak Sirih ini pula digunakan oleh orang terdahulu untuk membuat sirih dan mengunyah sirih itu.

Ini ialah antara barang perhiasan yang terdapat di dalam bilik pengantin Melayu. Barang perhiasan ini ialah perhiasan lama yang akan digunakan orang Melayu untuk bersanding.

Ini merupakan baju pengantin lelaki yang di miliki oleh Hj Nordin di dalam koleksi nya.

Koleksi persalinan pengantin perempuan ini merupakan kepunyaan isteri-isteri kepada tuan rumah yang disimpan didalam bilik pengantin orang Melayu.

Kerusi malas yang disimpan di dalam bilik ini di gunakan oleh tuan rumah untuk beristirehat.

2. Bilik Tidur Baba Nyonya



Ini ialah suasana yang terdapat di dalam bilik pengantin Baba Nyonya terdahulu.

Set katil Baba Nyonya yang dipakai oleh Hj Nordin di dalam bilik pengantin Baba Nyonya ini.

Ukiran menarik yang menghiasi keindahan di birai katil Baba Nyonya menaikkan lagi seri katil itu.

Patung pasangan pengantin Baba Nyonya yang dimiliki oleh tuan rumah ini. 

Meja solek yang terdapat didalam bilik Baba Nyonya.

Bakul ini dikenali sebagai bakul Sia yang digunakan oleh baba nyonya untuk mengisi makanan didalamnya dan selalu digunakan apabila ingin bertandang ke rumah saudara-mara ataupun jiran tetangga sebagai buah tangan untuk mereka. 

Kotak merah ini merupakan kotak untuk menyimpan barang perhiasan nyonya. .


Ini merupakan koleksi barang-barang lama Baba Nyonya.

Ini pula antara koleksi  seramik cina yang disimpan didalam bilik Baba Nyonya milik Hj Nordin.

Ini merupakan set pinggan mangkuk cina yang digunakan oleh baba nyonya.

2. Bilik Tidur Chitty



Ini adalah suasana yang terdapat di dalam bilik pengantin Chitty.

Ini merupakan set katil yang dihias oleh Hj Nordin di dalam bilik pengantin Chitty.

Hj Nordin menghiaskan katil Chitty ini dengan langsir jurai ini bagi mencantikkan lagi bilik pengantin Chitty ini.



Ini merupakan bekas rotan yang digunakan oleh masyarakat India untuk menyimpan ular didalamnya. 


No comments:

Post a Comment