Galeri Rumahku Muziumku

Rumahku Muziumku terdapat pelbagai barangan antik yang dikumpul oleh 
tuan rumah ini sejak beliau muda lagi. 


Ini merupakan koleksi terompah lama yang digunakan oleh kaum terdahulu.


Rokok daun yang disimpan oleh Hj Nordin sejak tahun 1920. Cara menggunakan rokok daun ini ialah dengan mengisi tembakau di atas daun dan mengulungnya.


Gong yang disimpan oleh Hj Nordin ialah dari tahun 1910. Ianya merupakan gong asli orang Melayu. Gong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan dan merupakan alat musik yang sering digunakan ketika majlis-majlis keramaian.


Hasil koleksi tembaga Hj Nordin yang berasal dari tembaga Melayu Nusantara dan India. 


Ini ialah tanduk rusa dari tahun 1920.


Koleksi duit lama dari serata negara yang disimpan diatas meja Hj Nordin.


Yang ini merupakan Jongkong Timah dari tahun 1920. 


Bekas rokok-rokok lama yang dikumpul oleh tuan rumah ini pada tahun 1950. Ini merupakan jenama rokok lama yang terkenal pada zaman dahulu.




Tong Duit Cina lama yang berasal pada tahun 1680. Tong ini dibuat daripada duit syiling cina yang lama dan dibuat bersama manik.


Yang kecil itu merupakan mesin kira lama yang digunakan pada tahun 1950. Yang kanan merupakan mesin tunai juga pada tahun 1950 juga. Kedua mesin ini digunakan orang dahulu sebelum adanya mesin wang sekarang.



Peluru Meriam Belanda pada tahun 1600. Ini merupakan peluru 500 tahun. Peluru ini dijumpai oleh nelayan di dasar Selat Melaka ketika menjaring ikan.



Ini ialah antara koleksi barang musik yang terdapat didalam Rumahku Muziumku. ianya terdiri daripada trompet, organ lama, gendang dan angklong. 



Ini merupakan tempat kukur kelapa lama pada tahun 1960. Di mana bahagian kayu yang rata itu adalah untuk duduk dan di bahagian muncung itu adalah untuk mengupas kelapa itu.


Kayu yang sedang dipegang oleh Hj Nordin itu dipanggil sebagai tunjuk langit. Ianya diletak pada bumbung rumah tradisional Melaka. 



Keris Lekih daripada tahun 1500. Menurut Hj Nordin keris ini mempunyai keistimewaannya. Ianya boleh didirikan oleh orang tertentu. Didalam gambar itu merupakan isteri Hj Nordin yang berjaya mendirikan Keris Lekih ini.


Perigi ini terletak dihalaman Rumahku Muziumku. Dibina oleh Hj Nordin sendiri pada tahun 1991. Pada tahun itu Padang Temu dilanda banjir besar, dan diberi nama Perigi Tok Aim kerana pada masa itu Tok Aim sedang memperintah negeri Melaka. 



Ini adalah tabung duit tahun 1900. Hj Nordin membeli tabung ini daipada Nurul Huda. Menurut beliau, Nurul Huda tidak dapat membawa balik tabung ini bersamanya untuk ke Australia kerana terlalu berat, lalu diberinya kepada Hj Nordin. Gambar itu menunjukkan tempat untuk mengeluarkan kembali duit di dalamnya. Untuk melihat cara penggunaannya, sila ke ruangan video.


Ini merupakan koleksi-koleksi lampu yang tergantung didalam rumahnya.


Ini ialah terapi tapak kaki orang terdahulu. Ianya dari tahun 1910 lagi. Terapi ini digunakan dengan hanya memijaknya sahaja.


Ini pula merupakan terapi tapak tangan pada tahun 1400. Terapi ini dapat menstabilkan kitaran darah didalam badan. Caranya dengan hanya basahkan kedua tapak tangan dan gosok di tangkai kuningnya sehingga katak itu berbunyi.


Didalam Rumahku Muziumku terdapat sebuah pelamin Melayu lama yang diletakkan dihadapan pintu masuk.



Ini pula merupakan caping yang digunakan untuk anak kecil orang dahulu. Menurut Hj Nordin, caping ini biasanya digunakan untuk orang ternama. 


Ini merupakan replika kad pengenalan bintang terkenal terdahulu Tan Sri P. Ramlee. Saiz sebenarnye lebih kecil daripada ini.


Lampu kereta lembu yang disimpan oleh Hj Nordin pada tahun 1880. 


Thermos aiskrim tahun 1950.




Ini merupakan mesin padi yang digunakan oleh orang terdahulu yang masih disimpan oleh Hj Nordin di halaman rumahnya. Dengan mesin ini, ia dapat mengasingkan beras itu mengikut grednya. 






Ini merupakan gambar setiap ruangan yang terdapat didalam Rumahku Muziumku. Banyak lagi koleksi barangan antik yang terdapat di dalam rumah ini. 




No comments:

Post a Comment