Monday 21 January 2013

Latar Belakang Rumahku Muziumku



Ini adalah gambar Hj Nordin bersama isterinya

Rumahku Muziumku ini dimiliki oleh Hj Nordin Bin Hj Ali terletak di 6086, Lot 649, Padang Temu, 75050 Melaka, Malaysia. Rumah ini telah dibina sekitar tahun 1982. Rumah ini mempunyai keluasan 90 x 60. Dan ianya berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Padang Temu Melaka.

Rumahku Muziumku telah diiktirafkan menjadi sebuah rumah tradisional Melaka pada 25 Febuari 2002 oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd. Rustam.


Simbol perasmian 'Rumahku Muziumku' yang diletakkan di sebelah pintu masuk


Rumahku Muziumku adalah merupakan hasil daripada minat yang mendalam Hj Nordin untuk mengumpul artifak-artifak warisan sejarah yang bernilai. Dengan hasil menyimpan barang-barang artifak ini, Rumahku Muziumku telah diiktirafkan sebagai Mini Muzium oleh Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka pada tahun 1994. 

Walaupun rekabentuk rumah ini tidak seperti rumah-rumah tradisional Melaka yang lain, tetapi ia terdapat sulaman lanskap yang tersusun dan penjagaan yang rapi dapat menarik minat pengunjung.

Rumahku Muziumku juga termasuk dalam senarai rumah tradisional Melaka.



Rumah ini tidak mengenakan sebarang bayaran untuk pengunjung. Dan ianya hanya menyediakan tabung sumbangan ikhlas, terpulang kepada para pengunjung. 


Ini adalah balang yang disediakan

Menurut Hj Nordin, Rumahku Muziumku juga pernah didiami oleh Keluarga Staff Iraqi Embassy selama 2 tahun dan dihadiahkan kepada beliau gambar Presiden Saddam Hussin Iraq . 


Sunday 20 January 2013

Sejarah Padang Temu

Padang Temu, Melaka terletak di antara Permatang Pasir dan Ujong Pasir. Tempat ini diberi nama Padang Temu kerana ada satu padang yang terletak dihadapan Rumahku Muziumku ini merupakan tempat pertemuan diantara 5 pahlawan terdahulu. Disitu terdapat satu sungai yang menghubungkan padang itu ke tempat lain. Tetapi sekarang, padang itu telah dibina sebuah sekolah.